Jumat, 23 April 2010

menyelidiki nilai melayu yang telah diarabkan

Menyelidiki Nilai Melayu yang Telah Diarabkan
Rabu, 21 April 2010, 13:38:45 WIB



Oleh: Muhammad Effendy Abd. Hamid

Apa yang "Melayu" di dalam masyarakat Melayu? Aspek mana dalam naluri Melayu yang sudah "diarabkan"? Aspek Arab mana yang telah "dimelayukan"?

Pertanyaan-pertanyaan yang susah kerana kita harus mendalami dan mencari jawapan kepada sebuah masalah yang masih berleluasa dalam perbicaraan tentang “Kemelayuan” dan ertinya “Melayu”. Tetapi yang pasti adalah masyarakat melayu sekarang di Asia Tenggara telah banyak dipengaruhi oleh budaya dan masyarakat diaspora Arab.

Yang harus difahamkan pada masa kini adalah masyarakat Arab di Asia tenggara lagi-lagi di Singapura telah lama berjaya dalam perbagai bidang. Kejayaan mereka penting kepada pembangunan orang Melayu, kebanyakan madrasah dibangunkan dengan sokongan masyarakat Arab dan dalam bidang ekonomi pula masyarakat Arab telah menjadi golongan yang kaya di Asia Tenggara dalam abad 19th dan 20th.

Yang menjadi pertanyaan adalah apakah fakta-fakta yang telah menolong menjayakan masyarakat Arab? Untuk menjawab soalan ini kita harus kembali ke sejarah.

Ini mengingatkan saya tentang senaskhah buku, The Graves of Tarim: Genealogy and Mobility across the Indian Ocean ?(2006) karya Ho Eng Seng (tetapi dieja Engseng Ho menurut cara Amerika).

Buku ini sangat menarik kerana ia membahaskan mengenai kesan sejarah penghijrahan diaspora Hadrami yang merentasi Lautan Hindi dan menjadi antara kumpulan yang terpenting dalam proses pembentukan masyarakat yang hidup di pesisir lautan itu.

Menurut Ho, diaspora Hadrami terdiri daripada keturunan Nabi Muhammad yang bergelar "sayyid" dan penghijrahan bermula pada awal abad ke-16 (M) bermula dari Hadramaut, sebuah wilayah di selatan Yaman.

Penghijrahan mereka membawa dagangan dan penyebaran Islam, termasuk amalan sufi.

Encik Ho telah berada di Yaman dan beberapa negara lain yang didiami diaspora Hadrami. Beliau juga menggunakan sumber-sumber daripada penyelidikan arkib yang terdiri daripada sekurang-kurangnya empat bahasa. Saya kagumi pengetahuannya yang mendalam tentang konteks sejarah sepanjang lima abad mengenai Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara.

Membaca buku ini membuat saya terfikir proses yang penting yang terjadi apabila diaspora Arab merantau di rantau ini lagi-lagi dengan proses “precantuman” orang Arab kepada masyarakat Melayu.

Saya memikirkan dengan penjelasan yang agak “conventional” untuk memahami proses ini. Dari perspektif sejarah proses “percantuman” orang Arab kepada masyarakat Melayu bermula dengan agenda sultan-sultan Melayu seperti kesultanan Melaka dalam abad 15th. Untuk mendapatkan lebih hubungan ekonomi dan perdagangan, pedagang Arab menjadi sebuah golongan yang dianggap sebagai antara yang terpenting oleh Melaka dan ini menaikkan “prestige” yang dikaitkan dalam perhubungan dengan masayarakat Arab.

Dengan proses ini penyebaran budaya Arab menjadi lebih berleluasa. Pemikiran politik, bahasa dan kebudayaan Arab menjadi sangat terserlah di dalam masyarakat melayu dalam sejarah. Tetapi ini membuat saya berfikir tentang sebuah fakta yang penting dalam proses integrasi masyarakat Arab kepada masyarakat Melayu iaitu perkahwinan dengan wanita Melayu sebagai unsur yang penting untuk memahami proses pemadanan budaya Arab.

Kita harus memikirkan tentang kepentingan peranan wanita Melayu kepada integrasi budaya Arab dengan budaya Melayu. Boleh kita memahami proses pemadanan budaya Arab dari perspektif ini?

Tetapi kita kurang sumber untuk memahami dengan lebih proses ini walaupun begitu kita boleh berfikir tentang soalan-soalan yang agak penting semasa kita tunggu penyelidikan seterusnya.

1) Bagaimana wanita melayu memahami unsur-unsur “Patriarchy” dan bagaimana mereka memikirkan tentang kesanya dalam sejarah?

2) Apakah tanggapan dan pemikiran orang Arab kepada wanita Melayu dalam sejarah?

3) Apakah kesan wanita Melayu kepada pemikiran Arab di dalam sejarah?

Kita tunggu penyelidik membongkar khazanah sejarah untuk memahami isu-isu ini.

Penulis adalah warga negara Singapura, mahasiswa University of Hawaii at Manoa, Honolulu, Hawaii. []



sumber : http://www.rakyatmerdeka.co.id/news/2010/04/21/91844/Menyelidiki-Nilai-Melayu-yang-Telah-Diarabkan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar